Anak-anak adalah permata kurnian Allah S.W.T kepada suami dan isteri. Mereka adalah amanah yang perlu dijaga.

Anak-anak boleh menjadi aset ibu bapa ke syurga. Begiu juga sebaliknya. Seseorang ibu dan bapa mempunyai hanya sekali peluag untuk membesarkan seseorang anak.  Sekiranya seseoran anak gagal dibesarkan dengan tarbiah yang betul, tidak ada talian hayat atau mesin masa yang dapat  memutar masa mengembalikan mereka ke masa sebelumnya.

Justeru, ambillah peluang yang ada untuk membesarkan anak-anak dengan didikan dan tarbiah yang betul agar mereka membesar dan menjadi satu aset kepada agama (Islam) tidak kira di bidang mana sekalipun. Bukan sekadar ulama, ustaz ataupun ustazah sahaja. Bahkan sekiranya mereka membesar menjadi seorang engineer atau doktor sekalipun, ilmu dan kepakaran mereka akan digunakan untuk membantu agama.


Lagu : Anak Permata (RAIHAN)

Subhanallah walhamdulillah... Setinggi pujian dipanjatkan kepada Allah atas izinNya dapat kami menganjurkan kuliah yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Nizam al Hafiz. Lebih menggembirakan lagi buat kami apabila kuliah ini dapat disiarkan secara langsung  (live) menerusi youtube. 

Untuk siaran kali pertama ini, kualiti agak sederhana. Insyaallah kami akan membuat penmambahbaikan dari masa ke masa. 

Doakan urusan-urusan kami dilancarkan.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Kami ingin menjemput Dato/Datin/tuan/puan untuk menyumbang kepada dana pembangunan PASTI Bandar Penawar. Boleh berurusan dengan saudara Tuan Hj. Rashid (0177331613) atau en Sawaludin (0137020681) untuk maklumat lanjut. Terima kasih.

Assalamualaikum.

Penulisan kali ini agak santai dan tajuknya agak trendy. Mungkin anak muda lebih familiar dengan perkataan antivirus. Mereka yang selalu guna komputer apatah lagi selalu melayari internet memang terdedah dengan serangan virus.

Virus komputer adalah sejenis aplikasi yang mampu menggandakan 'diri' mereka dan terus beroperasi. Makin banyak virus yang beroperasi dalam sesebuah komputer, maka operasi komputer itu akan semakin lembab.

Ada juga virus yang berupaya merosakkan data dalam sesebuah komputer. Jika IPT, antara yang famous ialah virus shortcut.Virus ini akan menjadikan semua fail dalam sesuatu pendrive bertukar menjadi shortcut. Fail-fail asal disembunyikan.

VIRUS DALAM DIRI

Dari sudut kesihatan, wujud juga virus-virus yang boleh melemahkan tubuh badan manusia. sekiranya tidak diberikan penawar/ubat, penyakit-penyakit yang berpunca daripada virus-virus tersebut akan lebih cepat merebak.

Penulisan kali ini sebenarnya menjurus kepada virus yang melemahkan dan merosakkan pengabdian dan penghambaan diri seseorang itu kepada Allah. Kita sebagai manusia telah diperintahkan untuk beramal dengan perintah-perintah Allah S.W.T dan meninggalkan larangannya. Manusia dibangkitkan di atas muka bumi ini untuk beribadah kepada Allah S.W.T sebagai mana yang difirmankan:


وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
“Tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku.” (QS. Adz-Dzariyaat [51]: 56)

Walau bagaimana pun, dalam proses beribadah kepada Allah, wujud 'virus-virus' yang sentiasa cuba untuk melemahkan keinginan manusia untuk beribadah kepada Allah, juga turut merosakkan ibadah mereka. 'Virus-virus' ini adalah syaitan.

Syaitan telah berjanji di hadapan Allah S.W.T untuk menyesatkan keturunan Nabi Adam A.S sehinggalah datangnya kiamat. Ini dijelaskan dalam Al Quran:



Syaitan akan masuk ke dalam saluran-saluran darah dan mengganggu kelancaran peredaran darah supaya manusia berasa malas, mengantuk, lenguh-lenguh dan akhirnya cepat-cepat keluar dari masjid atau majlis ilmu.

Syaitan juga masuk ke dalam tubuh badan manusia dan mengganggu manusia tersebut. Mereka yang melihat manusia diganggu sedemikian akhirnya mencari dan mendapatkan pertolongan dari bomoh-bomoh. Sekali lagi syaitan berjaya menyesatkan manusia.

Selain itu, syaitan juga akan cuba berbisik-bisik untuk mengajak manusia menuju ke jalan maksiat khususnya zina. Syaitan akan cuba bermain dengan perasaan para pemuda dan pemudi, membisikkan perasaan rindu dan seumpamanya. Akhirnya pemuda dan pemudi tersebut terjerumus ke lembah perzinaan.




ANTIVIRUS IMAN

Kita akan dapat mengelakkan diri daripada terkena jangkitan 'virus'(ajakan) syaitan ini sekiranya IMAN kita kuat. Namun iman itu kadang kala naik dan kadang kala turun. Hadith daripada Ibn Hibban bahawa sabda Rasullullah s.a.w, "”Iman itu kadang naik kadang turun maka perbaharuilah iman kalian dengan la ilaha illallah.”
 
Penulis andaikan di sini IMAN itu sebagai antivirus kepada manusia. Manusia tidak akan melakukan maksiat saat ketika pada dirinya punya iman. Hadits Abu Hurairah RA bahwa Nabi SAW bersabda, “Tidak akan beriman seorang pelacur di waktu berzina jika ia sedang beriman. Dan tidak akan minum khamr di waktu minum khamr jika ia sedang beriman. Dan tidak akan mencuri di waktu mencuri jika ia sedang beriman.”

Justeru iman ini menjadi benteng manusia dari terlibat dengan perkara-perkara yang maksiat. Iman menjadikan seseorang itu tidak dapat dirosakkan oleh hasutan syaitan.

ANTIVIRUS PERLU DI'UPDATE'

Sebagai mana virus perlu di'update', begitulah juga dengan IMAN.

Dari semasa ke semasa, komponen-komponen di atas (antaranya) perlu kita update dan upgrade. Sebagai contoh, zikrullah. Allah sebutkan dalam Al Quran bahawa zikrullah akan menenangkan hati.

Setiap hari kita akan berhadapan dengan masalah untuk diselesaikan. Semakin hari, masalah akan semakin mencabar. Cabaran-cabaran ini terkadang membuatkan hati resah, gelisah dan tidak tenang. Justeru, makin meningkat usia, makin besar masalah, sudah tentu perlu kepada zikir yang lebib banyak.

Di samping ibadah wajib yang kita wajib dan seharusnya tidak terlepas dari menunaikan, kita juga perlu kepada ibadah-ibadah sunat. Ibadah-ibadah sunat ini selain bertindak menyempurnakan ibadah ibadah wajib, ia berperanan menambahkan kesukaan kita untuk beribadah. Bila kita suka untuk beribadah, ia akan menarik 'halawatul iman/ibadah' dan khusyuk kepada kita.


Kehidupan dunia semakin mencabar. Virus-virus semakin membiak. Jangan lupa update antivirus anda.


(Gambar hiasa jerrr...)

USRAH BERMULA SEJAK ZAMAN BAGINDA S.A.W

Usrah bermula sejak dari zaman Rasulullah S.A.W. Pada ketika itu Islam sangat sedikit dan lemah. Bilangan umat islam pada ketika itu lebih kurang 30 orang. Bagi memastikan islam terus tersebar , gerakan menyebarkan islam pada ketika itu dijalankan secara "SIR" iaitu rahsia dan "HAZAR" iaitu berjaga-jaga. Amatlah sukar pada ketika itu , para sahabat-sahabat terpaksa bergerak pada waktu tengah malam agar tidak dapat dikesan oleh kafir Quraisy yang mengamalkan agama nenek moyang menyembah berhala. Sedangkan Islam mengamalkan agama wahyu , iaitu beriman dan bertaqwa kepada Allah yang ESA.

Rasulullah S.A.W merancang untuk bertemu dengan semua sahabatnya. Tetapi tidak tahu di mana harus berkumpul dan selamat dari pandangan kafir quraisy. Lalu , seorang sahabat telah menawarkan rumahnya , dia adalah Abu Abdillah Al-Arqam Bin Abi Al-Arqam. Rumahnya berlokasi di bukit Safa , di tempat inilah para pengikut Muhammad belajar tentang islam. Sebelumnya rumah Al-Arqam ini disebut Dar Al-Arqam (rumah Al-Arqam) tetapi setelah dia memeluk islam ianya disebut Dar Al-Islam (rumah Islam). Dari rumah inilah madrasah pertama umat islam belajar tentang ilmu islam. Usrah dijalankan dan Naqibnya adalah Nabi Muhammad S.A.W.

USRAH INSTITUSI PENYEBARAN ISLAM MENGIKUT SUNNAH

Usrah terus tersebar walaupun selepas kewafatan baginda Muhammad S.A.W. Tersebar dan diteruskan oleh para sahabat , sehingga zaman khilafah ar-rasyiddin. Malah usrah terus tersebar sehingga zaman Turki Uthmaniyyah. Zaman kegemilangan Islam pada ketika usrah dijalankan sangat hebat.. Sehingga digeruni oleh pihak musuh dari barat , timur , utara dan selatan.

Sehingga seorang pengkhianat , Mustafa Kamel Attartuk , yang inginkan kuasa telah menjadi pengkhianat atas arahan british pada ketika itu , Mustafa Kamel Attartuk telah berpakat untuk meruntuh sistem khilafah. Apabila musnahnya sistem khilafah ini maka gerakan islam telah diharamkan , tiada lagi usrah , tiada lagi ukhwah. 'Racism' mula dipraktikkan dan tiada lagi perjuangan Islam melainkan perjuangan bangsa masing-masing.

IKHWANUL MUSLIMIN , MEMPERJUANGANKAN SYARIAT DAN AGAMA ALLAH

Beberapa tahun islam mula berpecah belah. Perjuangkan bangsa. Namun dalam kesibukkan memperjuangkan bangsa masing-masing , telah lahir insan bernama Hasan Al-Banna. Latar belakang keluarganya adalah islamik. Bapanya seorang ulama' , manakala imam Hasan Al-Banna pula sekadar seorang guru bahasa arab pada ketika itu. Namun didikan bapanya kepada adik-beradik Al-Banna , telah menyebabkan cinta keluarga ini kepada Islam sangat tinggi.

Melihat kepada berpecahnya umat islam , imam Hasan Al-Banna mula bernekad untuk  mewujudkan kembali khilafah islamiyyah bagi menyatukan umat islam kembali. Bagi memastikan khilafah islamiyyah dan Syariat Allah tertegak di bumi Allah. Maka dengan itu , Imam Hasan Al-Banna mewujudkan kembali sistem Usrah dan dijalankan seperti zaman Baginda S.A.W. Imam Hasan Al-Banna bersama adik-beradiknya bergerak dalam keadaan SIR dan HAZAR. Pada suatu malam Imam Hasan Al-Banna bersama para sahabat dan adik-beradiknya yang cintakan islam telah berbaiah kepada Allah S.W.T dan Rasulullah S.A.W. Mereka berbaiah untuk meperjuangkan islam dan menyambung rantai perjuangan baginda S.A.W. Maka pada malam itu terbentuknya gerakan Islam bernama ikhwanul Muslimin.

HILANG PATAH , TUMBUH BERGANTI. 
AKIBAT SEBIJI BENIH GUGUR KE TANAH , TUMBUH POHON YANG BESAR.

Ikhwanul muslimin semakin hebat. pengaruhnya semakin besar. Hal ini menyebabkan kerajaan gerun pada ketika itu melihat gerakan islam ini mula menjadi tumpuan masyarakat. Pihak kerajaan pada ketika itu sangat takut ikhwanul muslimin dalam menumbangkan kerajaan. Lalu mereka telah memboikot gerakan ikhwanul muslimin.

Akibat gerakan Ikhwanul Muslimin semakin hebat di bawah pimpinan Imam Hasan Al-Banna pada ketika itu , pihak kerajaan telah merancang untuk membunuh Imam Hasan Al-Banna. 

Pada suatu malam , Imam Hasan Al-Banna bersama abang iparnya baru sahaja pulang dan ingin menahan teksi. Apabila teksi berhenti , imam Hasan Al-Banna ditembak sebanyak 7 das tembakkan di tubuhnya. Lalu dia terbaring kerana ditembak bertubi-tubi sehingga 7 kali. Namun Imam Hasan Al-Banna tidak gugur , dia masih dipinjamkan oleh Allah sedikit kekuatan untuk bangun bersama abang iparnya. Dengan darah yang mengalir , Imam Hasan Al-Banna masih mampu berjalan ke hospital untuk dirawat. Namun semakin sedih apabila hospital itu memboikot Imam Hasan Al-Banna atas arahan kerajaan. Mereka tidak mahu merawat Imam Hasan Al-Banna. Akibat hilang terlalu banyak darah , Imam Hasan Al-Banna telah syahid pada malam itu.. Allahuakbar...

Kematian Imam Hasan Al-Banna telah menjadi tumpuan masyarakat. Akibat dibunuh , rakyat mula sedar dan bangkit. Bangkit menentang kerajaan yang memerintah pada ketika itu.. Akibat seorang pimpinan gugur , telah menyebabkan rakyat yang ramai bangkit inlah yang dikatakan akibat sebiji benih gugur ke tanah , tumbuh pohon yang besar.

"Pemuda adalah batu-bata dalam perjuangan Islam. Kerana itu pemuda mesti lengkankan diri dengan ilmu dan perbanyakkan amalan sunat". Demikian salah satu pesanan al marhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat kepada para pemuda. 

Apabila kita tidak sibukkan diri kita dengan ibadah, maka syaitan akan berusaha untuk sibukkan kita dengan maksiat. bukan sekadar amalam wajib, bahkan dalam suasana hari ini, kita sangat perlu kepada amalan-amalan sunat sebagai 'antivirus' untuk diri kita.

Untuk beribadah pula, kita perlu kepada ilmu. ibadah tanpa ilmu ibarat pohon tanpa buah. Syeikh Abdurrahman bin Qasim An Najdi rahimahullah mengatakan: “Amal adalah buah dari ilmu. Ilmu itu dicari demi mencapai sesuatu yang lain. Fungsi ilmu ibarat sebatang pohon, sedangkan amalan seperti buahnya. Maka setelah mengetahui ajaran agama Islam, seseorang harus mengiringi dengan amalan, sebab orang yang berilmu yang tidak beramal dengannya lebih buruk keadaannya daripada orang yang bodoh."


Hari ini kita digemparkan dengan berita bayi kecil yang baru dilahirkan dikerat-kerat. Mengapa? 

9 bulan lalu daripada hari ini ialah akhir bulan 8. Pemuda pemudi berseronok menyambut hari kemerdekaan. Lalu mereka berpesta hingga kebanyakkannya melanggar batasan syariah. Dan hari ini kita lihat hasilnya... 


APABILA roh keluar daripada jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya, kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata:
"Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan, sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu: "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh daripada tubuh".

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu: "Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh". Selepas dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengkafan kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai hari kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan: "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka.

“Sesungguhnya pada hari ini aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya.” Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.

Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: "Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikanaku.

"Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku. Adapun di dunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku."
(Gambar hiasan)





Insyaallah, PAS Kawasan Pengerang melalui  Lajnah ICT akan menerbitkan gambar-gambar dakwah seumpama di atas sebagai salah satu usaha tarbiah dan dakwah kepada masyarakat.

Gambar-gambar ini boleh disebarkan melalui fb, twitter, instagram dan lain-lain lagi.

Moga usaha ini dikira sebagai suatu amalan dan gerak kerja dalam perjuangan yang diredhai Allah..

Pelan laluan ke Muktamar Tahunan PAS ke 61 di Kuala Selangor sebagai panduan yang ingin ke muktamar.
Bismillah walhamdulillah. Setinggi-tinggi pujian dan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah atas keizinanNya, kami PAS kawasan Pengerang telah menaikkan satu poster billboard berukuran 9' X 43' pada petang ini.



Poster billboard ini sebagai tanda sokongan kami khususnya pemuda kepada pasukan bola sepak JDT.

Sukan adalah suatu elemen yang diminati dan digilai ramai. Masyarakat boleh berkumpul dan bersorak bersama dalam satu stadium atau lapangan tanpa mengira parti. Bahkan bersukan dan beriadah adalah suatu tuntutan dalam Islam. Akal yang sihat datangnya dari tubuh badan yang sihat.

Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada Tunku Mahkota Johor(TMJ) yang telah berjaya menarik sebilangan besar rakyat Johor keluar memberi sokongan kepada pasukan bola sepak Johor, Harimau Selatan. Dalam suasana semasa di mana masyarakat sangat terikat dengan gadget dan hidup dalam dunia maya masing-masing, agak sukar untuk mengajak masyarakat berkumpul untuk memberi sokongan kepada pasukan bola sepak Johor. Namun TMJ telah berjaya memeriahkan dan menghangatkan arena bola sepak di negeri Johor.

Terima kasih kepada petugas-petugas yang membantu. Insyaallah, kita akan bersorak bersama untuk kemengan JDT.





PAS PENGERANG BERSAMA HARIMAU SELATAN..


BAHARUDDIN BIN MIRAN
Ketua Penerangan
PAS Kawasan Pengerang


KELAPA TUA. Semua orang kenal kelapa tua. Tahu pula gunanya kelapa tua itu. Sangat penting dan sangat berguna kelapa tua ini dalam hidup manusia.

Namun begitu, kewujudannya tidak dipeduli dan tidak diendahkan orang. Kelapa tua ini tidak pernah menjadi topik perbincangan. Tidak pernah dikaitkan dengan apa-apa isu atau masalah. Kalaulah kelapa tua ini mempunyai emosi, tidak ramai orang yang akan dapat merasakan dan menyelami perasaannya. Itulah kelapa tua.

Kelapa tua tidak pula pernah bersusah hati kalau orang tidak mempedulikannya. Ia hanya tergantung di atas pokok dan terbuai-buai bila ditiup angin.

Tapi, lazimnya elok-elok kelapa tua itu tergantung di atas pokok sambil menikmati keindahan alam buana ini dari kedudukannya yang tinggi itu, datanglah orang menjoloknya dengan galah yang panjang. Tidak sabar menunggu kelapa tua itu jatuh sendiri. Bukannya selesa kena jolok-jolok macam tu.

Bila tangkainya sudah lemah setelah dijolok beberapa kali, maka gugurlah kelapa tua itu berpusing-pusing ke bumi. GUgur itu pula bukannya rendah. Bukan setakat lima atau sepuluh kaki tapi sampai empat puluh hingga lima puluh kaki. Bunyinya berdentum sampai ke tanah. Kalau kepala orang, boleh bersepai otak.

Masalah kelapa tua ini tidak terhenti di situ sahaja. Ini baru muqaddimahnya. Ia dikutip dan kulit sabutnya dikoyak-koyak dan dibuang sedikit demi sedikit dengan parang cangkuk. Proses ini bukan sekadar sekali tetak sahaja. Berpuluh-puluh kali parang cangkuk itu menusuk ke dalam kulit sabutnya. Seksanya tak boleh nak cerita. Mula-mula sakit tusukan. Lepas itu, sakit dikoyak dan disiat-siat. Ini berterusan sampai tempurung sahaja yang tinggal.

Bila dah sampai ke tempurung, maka tak apalah. Cantik juga rupanya. Keras dan bulat. Tetapi manusia bukan tahu hendak menilai seni yang seperti itu. Tempurung bulat yang cantik itu ditetak pula dengan parang dengan sebegitu kuat hingga terbelah dua di tengah-tengahnya. Maka tersemburlah dan mengalirlah air jernih dari dalam perutnya dan terdedahlah isinya yang putih bersih.

Bagi kebanyakan kehidupan yang lain, kalau sudah sampai ke tahap ini, maka tamatlah riwayat hidupnya. Tetapi bagi kelapa tua ini baru permulaan. Banyak lagi seksaan yang menanti.

Tak cukup dengan menyemburkan air dari dalam perutnya dan mendedahkan isinya, isinya yang putih bersih itu dipisahkan dari tempurung, diparut dan dikukur pula hingga menjadi lumat. Tempurungnya dibuang. Kadang-kadang dibakar. Bentuk asal kelapa tua sudah tidak ada lagi. Yang tinggal hanyalah isinya yang sudah lumat dikukur dan diparut.

Untuk menambah seksanya lagi, dituang pula air ke dalam isi parut itu, diramas-ramas dan diperah-perah. Alangkah seksanya. Kalau dikirakan, ini sudah terkeluar dari batas-batas perikemanusiaan. Kemudian, ia ditapis menjadi santan. Kelapa tua yang dulunya keras dan bulat kini sudah menjadi cecair yang putih.

Setelah itu, minyak dipanaskan ke dalam belanga. Bawang merah, rempah dan rencah-rencah yang lain ditumis. Bila sudah cukup kuning dituanglah santan tadi ke dalam belanga. Maka berpanasanlah santan itu hinga terkeluar baunya.

Apabila sudah masak dan baunya harum semerbak ke seluruh ceruk rumah, maka orang pun bertanya:

“Gulai apa tu? Sedap sangat baunya!”

Orang di dapur hanya menjawab, “Gulai ikan bawal.”

Gulai dapat nama. Ikan bawal dapat nama.

Orang kata, “Oh, sedap gulai ni!”

“Oh, sedap ikan bawal ni!”

Jasa kelapa tua tenggelam begitu sahaja. Perjalanan dan pengalamannya yang begitu panjang dan menyeksakan dari sebiji kelapa tua di atas pokok yang tinggi hingga ke belanga yang panas berbahang, tiada siapa yang ambil kira dan ambil peduli.

Alangkah indahnya kalau kita dapat berjasa seperti kelapa tua ini. Jasa-jasa bukan untuk dipuji dan dipuja. Bukan jua untuk dikenang atau untuk mendapat nama..tetapi untuk ta’abbud kepada Allah SWT. Biarlah jasa-jasa kita tidak nampak pada pandangan manusia..tetapi tetap wujud dalam perhatian Allah SWT.
Tok Penghulu dengan anaknya membela seekor kuda. Mereka amat menyayangi kuda itu.

Satu hari, kuda itu terlepas dan terus lari ke dalam hutan berhampiran.

Orang kampung yang tahu akan hal tersebut berkata kepada Tok Penghulu, "Kami simpati atas kehilangan kuda kesayangan Tok.

Tentu Tok sedih.."

Sebaliknya,Tok Penghulu tersenyum lalu berkata, "Tak apalah. Mesti ada hikmahnya."

"Apa hikmahnya Tok?"

"Tok pun tak tahu. Tapi pasti ada hikmahnya."

Beberapa minggu kemudian, kuda kesayangan Tok Penghulu pulang semula dengan membawa beberapa ekor kuda liar.

Orang kampung sangat kagum kerana sekarang bilangan kuda kepunyaan Tok Penghulu bertambah secara tiba-tiba. Sudah rezekinya.

"Tok bertuahlah.Untung." Begitulah kata mereka.

Tok Penghulu sebaliknya berkata, "Belum tentu lagi.Tapi Tok yakin tentu ada hikmahnya."

Anak lelaki Tok penghulu begitu gembira dengan kuda-kudanya.

Setiap hari dia menunggang kuda kesayangannya sambil mengembala kuda-kuda liar yang lain.

Entah bagaimana pada satu hari, anak Tok Penghulu itu jatuh daripada kudanya lalu tangan kanannya patah.

Orang kampung tahu dia adalah anak kesayangan Tok Penghulu.

Mereka datang menziarahi anak Tok Penghulu yang terlantar.

"Malang benar nasib tok. Baru dapat nikmat sekarang ditimpa bala pula," kata mereka.

Tok Penghulu tersenyum dan berkata, "Ini ujian Allah. Tentu ada hikmahnya."

Tidak lama kemudian, kampung mereka didatangi oleh pegawai-pegawai atasan tentera negara itu.

Orang kampung semuanya bimbang kerana raja mereka memang terkenal zalim dan tidak berperikemanusiaan.

"Raja memerintahkan semua anak muda lelaki dikumpulkan! Negara memerlukan tentera tambahan untuk dihantar ke medan perang!" Arah ketua tentera.

Semua ibubapa kampung itu risau dan sedih terpaksa berpisah dengan anak-anak lelaki mereka.

Para remaja lelaki dibariskan dihadapan ketua tentera, termasuk anak lelaki Tok Penghulu yang patah tangan itu.

"Kamu dikecualikan! Tidak ada gunanya membawa orang yang patah tangan!" Kata ketua tentera sambil menunding jarinya kepada anak lelaki Tok Penghulu.

Pada ketika itu, terngiang-ngiang kata-kata dari mulut penghulu mereka, "Mesti ada hikmahnya."

Pengajaran: Setiap apa yang berlaku ada buruk dan ada baiknya. Orang yang beriman sentiasa melihat daripada sudut yang baik daripadanya. Mereka menerima yang buruk dengan sabar, namun didalam hati sentiasa mengharap kebaikan disebaliknya daripada Allah SWT.




Dipetik daripada buku Angguk-Geleng oleh Ustaz Pahrul Muhamad Juoi
(Gambar hiasan)

Ketika mana manusia dihimpunkan di Padang Mahsyar, menanti saat untuk dihitungkan segala amalan hidup, tiada seorang pon yang terlepas daripada terik Mahatari yang sangat panas. Dalam keadaan ketakutan untuk melihat kembali segala perbuatan semasa hidup, bayangkan betapa panasnya ketika itu apabila Matahari berada sejengkal daripada kepala manusia yang sedang berhimpun di situ. Panasnya bukan kepalang.
Walau bagaimanapun, dalam keadaan tersebut, terdapat 7 golongan yang diberikan keistimewaan oleh Allah s.w.t. Penulis istilahkan golongan tersebut sebagai 7 golongan VVIP Padang Mahsyar. Mereka mendapat payung khas (naungan) di hari tiada naungan lain melainkan naungan-Nya.

Golongan pertama ialah golongan pemimpin yang adil. Adil bermaksud yang meletakkan sesuatu sesuai dengan peranan atau kedudukannya. Sebagai contoh, kasut yang dibeli, walaupun harganya berjuta ringgit, tidak boleh diletakkan di kepala. Untuk adil terhadap kasut tersebut, pembeli perlu memakainya di kaki. Pemimpin yang adil bermaksud melakukan sesuatu sesuai dengan kedudukan atau peranan. Seorang ayah yang ingin berlaku adil terhadap anaknya tidak semestinya memberikan wang saku kepada setiap anaknya dengan sama nilainya. Wang saku tersebut perlu sesuai dengan tahap umur anaknya.

Golongan VVIP yang kedua ialah pemuda yang kuat beribadat kepada Allah. Disebutkan bahawa permuda yang kuat beribadah kerana golongan pemuda ini adalah golongan yang amat berharga. Tidak aneh sekiranya mereka yang telah lanjut usia banyak beribadah kepada Allah kerana mereka telah menghampiri mati, dan selalu teringatkan mati. Namun bagi di usia muda yang terkadang dilabelkan sebagai honeymoon hidup, sekiranya terdapat golongan pemuda yang banyak beribadah kepada Allah dan tidak terpedaya dengan tipu daya dan fitnah dunia, maka ternyata golongan ini adalah golongan yang hebat. Justeru, adalah tidak aneh sekiranya mereka dilabelkan sebagai golongan VVIP Padang Mahsyar.

Golongan ketiga adalah golongan pemuda yang hati mereka terikat pada Masjid. Hati terikat pada masjid bermaksud mereka selalu menghabiskan kebanyakan waktu terluang mereka dengan beriktikaf, beribadat atau belajar di Masjid. Masjid menjadi pusat aktiviti mereka sama ada untuk belajar, mentelaah pelajaran, menghafal pelajaran, berdiskusi dan sebagainya. Saat ketika terlalu ramai pemuda dan remaja lain membazirkan masa dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah, bahkan maksiat, golongan ketiga ini sibuk dengan aktiviti mereka di masjid. Terlebih hebatnya golongan ini apabila mereka pula menjadi jentera penggerak kepada aktiviti-aktiviti di masjid-masjid.

 
Golongan keempat pula adalah mereka yang bersahabat baik, bertemu dan berpisah kerana Allah. Mereka bertemu, bersahabat dan kemudiannya bersama-sama dalam mendekatkan diri kepada Allah. Sekiranya sahabat mereka terlalai, mereka akan segera mengingatkan. Sekiranya sahabat dalam kesusahan, mereka membantu tanpa mengharapkan pulangan atau ganjaran duniawi. Bahkan mereka sanggup mengorbankan kepentingan mereka demi sahabat dengan niat kerana Allah. Dalam keadaan lain, mereka terpaksa berpisah sementara kerana amanah lain. Namun hati mereka telah bersatu dalam mengingati dan menghampiri Allah.
Golongan kelima merupakan golongan pemuda yang yang diajak untuk melakukan maksiat, dari sebesar-besar maksiat sehinggalah sekecil-kecilnya. Mereka menolak ajakan tersebut dengan berkata, “aku takutkan Allah...”. Alangkan kuatnya hati golongan ini kerana mereka dapat menolak pelawaan melakukan maksiat. Umum mengetahui keseronokan dalam melakukan maksiat. Memang seronok dan puas sekiranya dapat mengumpat teman yang lain. Namun keseronokan tersebut hanyalah keseronokan dunia. Di akhirat kelak, keseronokan tersebut akan bertukar menjadi kesengsaraan yang amat dasyat. Lantaran kuatnya golongan ini menolak ajakan maksiat, mereka dikurniakan darjah kebesaran di Padang Mahsyar.

Golongan keenam adalah golongan yang suka bersedekah dengan ikhlas. Diumpamakan dalam hadith riwayat Abu Hurairah bahawa ikhlas brsedekah itu umpama tangan kanan memberi, tangan kiri tidak mengetahui. Tangan kanan dan kiri adalah dua ‘sahabat baik’ yang terlalu rapat. Sekiranya tangan kiri terasa gatal, pastinya tangan kanan akan tolong menggaru tangan kiri. Begitu juga sebaliknya. Justeru, diumpamakan ikhlas bersedekah ini seperti tangan kanan memberi, dan teman rapatnya tangan kiri pun tidak tahu. Realiti yang berlaku sekarang ini, ingin bersedekah sekian jumlah wang kepada sesuatu pihak, replika sumbangan tersebut mengalahkan pintu rumah. Sekiranya ingin tergolong dalam golongan VVIP Padang Mahsyar, keikhlasan dalam bersedekah  perlu disemai dan dididik dalam diri masing-masing bermula dengan sedikit, kemudian ditambah sedikit demi sedikit.

Manakala golongan ketujuh merupakan mereka yang bersendirian di malam yang sepi mengingati Allah s.w.t, lalu berlinangan air mata mereka kerana teringatkan kekerdilan diri atau dosa-dosa yang telah dilakukan. Penulis istilahkan golongan ini sebagai ber’dating’ dengan Allah s.w.t. Mereka meluahkan masalah mereka kepada Allah. Mereka tidak berhenti-henti beristighfar atas dosa-dosa mereka. Mereka juga terus memuji-muji kebesaran dan keagungan Allah atas segala kurniaan yang telah mereka kecapi. Air mata yang jatuh dari tasik mata hati itu bukan air mata kepalsuan. Itulah bukti kecintaan kereka kepada Allah s.w.t.

Alangkah beruntungnya sekiranya mereka yang selalu ber’dating’ bersama pasangan boya-friend atau gila-friend  melakukan perubahan kepada ber’dating’ dengan Allah. Mereka yang selalu meluahkan isi hati, perasaan atau masalah kepada pasangan mereka(yang tidak halal) berubah meluahkannya kepada Sang Pencipta. “Sekiranya hati yang subur ini diberikan kepada insan yang paling kita cintai, nescaya hati tersebut akan hancur bahkan terluka bagai disiat pada satu ketika nanti. Namun hati yang telah hancur lebur, kiranya dihubungkan kepada Sang Penciptanya, nescaya hati itu akan kembali subur dengan limpahan Rahmatnya”.

Marilah kita berusaha supaya tergolong dalam golongan VVIP Padang Mahsyar nanti. Semoga mendapat keredhaan Allah s.w.t.

(Dihuraikan daripada suatu Hadith Riwayat Abu Hurairah berkaitan 7 golongan manusia yang mendapat naungan di Hari Perhitungan, hari di mana tiada naungan lain selain naungan-Nya)
-Ustaz Mohd Fariiqul Amin bin Mohd Rosli-
 ------------------------------------------------------
 Dijemput kepada lepasan SPM yang berkelayakan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat diploma yang ditawarkan. Bagi yang berminat boleh berhubung dengan beliau. 








Diriwayatkan oleh Ibn Kathir dalam al-Bidayah wan-Nihayah bahawa dalam sebuah kisah yang disampaikan oleh Sayyidina Umar al-Khattab r.a. :

Rasulullah s.a.w. sedang berjalan bersama dengan sekumpulan para sahabat, tiba-tiba datang seorang Arab Badwi dari Bani Sulaim ke hadapan Rasulullah s.a.w. Beliau membawa bersamanya seekor biawak padang pasir (dhab) yang ditangkapnya, dan bercadang untuk membakar haiwan itu untuk dimakan.




Melihat ramai yang berjalan itu, beliau tertarik untuk mendekati dan bertanya siapakah gerangan yang sedang mereka iringi. Apabila diberitahu bahawa mereka sedang mengiringi Nabi, maka dia terus mendekati Nabi lantas berkata, “Demi tuhan Lata dan Uzza, tiadalah sesuatu yang terdapat di alam ini yang lebih kubenci daripadamu wahai Muhammad! Kalaulah tidak kerana kaumku memanggilku dengan panggilan yang tergesa-gesa, tentulah aku sudah memenggal kepalamu lalu aku dapat mengembirakan hatiku dan hati semua manusia yang berkulit hitam, putih dan merah serta selainnya!”

Sayyidina Umar al-Khattab menjadi marah, lalu bangkit dan berkata,”Wahai Nabi! Biarlah saya mengakhiri hidupnya!”

Nabi s.a.w. tenang menjawab permintaan Umar r.a., “Wahai Umar! Tidakkah engkau tahu bahawa orang yang lemah lembut itu hampir diangkat menjadi Nabi?”

Nabi kemudian berkata kepada Arab Badwi itu,”Apa yang menyebabkan engkau berkata demikian? Sepatutnya engkau menghormatiku dalam perhimpunan bersama sahabatku!”

Arab Badwi tersebut tidak mengalah bahkan sebaliknya berkata, “Demi tuhan Latta dan Uzza! Aku takkan beriman kepadamu hai Muhammad hinggalah biawak ini beriman kepadamu,” katanya sambil mengeluarkannya ke hadapan Nabi s.a.w.

Nabi s.a.w. memanggil biawak itu. Kedengaran biawak itu menjawab dengan bahasa Arab yang fasih dan difahami oleh semua yang hadir, “Ya wahai Nabi s.a.w.!”

Nabi bertanya,”Kepada siapakah engkau beriman?”

Jawab biawak itu,”Saya beriman kepada Tuhan yang di langit itu ‘Arasy-Nya, di bumi itulah kekuasaan-Nya, dan di lautan itulah jalan-Nya, di Syurga itu rahmat-Nya, dan di Neraka itu azab-Nya!”

Tanya Nabi lagi,”Aku ini siapa wahai biawak?”

Jawab si biawak, “Tuan adalah utusan Allah, yang memiliki sekalian alam! Amatlah beruntung orang yang mendokong perjuangan tuan, dan binasalah orang yang mendustakan tuan!”

Mendengar kata-kata biawak itu, Arab Badwi itu lantas berkata, “Wahai Muhammad! Sebelum ini engkau merupakan orang yang paling aku benci, tetapi hari ini engkau adalah orang yang paling aku kasihi berbanding dengan bapaku, diriku sendiri, engkau amat kukasihi zahirku dan batinku.”

Kemudian beliau mengucapkan kalimah syahadah di hadapan semua yang hadir :
“Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang sebenarnya yang layak disembah melainkan Allah dan Nabi adalah pesuruh-Nya.”

Lalu Rasulullah s.a.w. berkata, “Syukur kepada Allah yang telah menganugerahkan hidayah-Nya kepadamu, sesungguhnya Islam ini adalah yang paling tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya, dan ia tidak diterima tanpa solat, dan solat pula tidak diterima melainkan dengan al-Qur’an.”

Jawabnya, “Kalau begitu ajarlah saya al-Qur’an itu, wahai Nabi.” Nabi pun mengajarkannya membaca surah al-Ikhlas.

Beliau berkata, “ Saya tak pernah mendengar kata-kata yang lebih hebat daripada ini!”

Nabi menambah, “Ini adalah perkataan Allah, bukannya sajak, jika engkau membaca surah al-Ikhlas ini sekali, ganjarannya di sisi Allah seumpama engkau membaca sepertiga dari al-Qur’an. Jika engkau membaca dua kali seumpama dua pertiga dari al-Qur’an dan jika engkau membaca tiga kali seumpama engkau telah membaca keseluruhan al-Qur’an."

Jawab Arab itu, “Tuhan itu adalah Tuhan kami, Dia menerima dari kita sedikit tapi membalasnya dengan banyak!”

Nabi bertanya kepadanya,”Adakah kamu memiliki harta?” Jawab beliau, “Tiada seorang pun dalam Bani Sulaim yang lebih miskin dari saya.”

Nabi bersabda kepada para sahabat, “Berikan kepadanya apa-apa yang kamu ada!”

Para sahabat memberikannya bantuan hinggakan dia mendapat harta yang amat banyak terkumpul. Kemudian Abdul Rahman bin Auf r.a berkata kepada Nabi, “Wahai Rasulullah!Saya memiliki seekor unta yang hamil 10 bulan, yang sederhana besarnya, saya perolehi dalam Perang Tabuk, sekarang saya hendak mendekatkan diri kepada Allah. Saya ingin menghadiahkannya kepada saudara baru kita ini!”

Nabi s.a.w bersabda, “Engkau menceritakan tentang untamu yang engkau telah hadiahkan padanya, sekarang aku akan menceritakan bahagianmu yang diberikan Allah sebagai balasan di akhirat. Allah s.w.t. akan menganugerahimu di akhirat unta yang diperbuat dari permata hijau, tengkuknya dari permata kuning memiliki pelana yang hebat dan ia akan melintasi titian sirat dengan pantas seperti kilat, semua orang akan merasa iri kepadamu pada Hari Qiyamat."

Kata Abdul Rahman, “ Saya redha dengannya wahai Nabi.”

Arab itu pun keluar dari kawasan itu. Sekonyong-konyong datang kaumnya dari Bani Sulaim seramai seribu orang menaiki seribu unta dan membawa bersama mereka seribu pedang dan lembing.

Dia bertanya, “Ke manakah haluan kamu? " Mereka menjawab, “Kami ingin memerangi orang yang menghina tuhan kita! Kata Arab Badwi itu kepada kaumnya, “Jangan! Aku sendiri telah beriman dengannya!” Lalu semua kaumnya beriman pada Rasulullah.

Pada 9 april 2015, PAS KAWASAN PENGERANG telah berjaya menganjurkan program Hiway Siyasi. Ahli panel yang terlibat dalam hiwar ini ialah Dr. Mahfodz Mohamed, mantan pesuruhjaya PAS JOHOR serta Prof Kamaruzaman Yusof, Setiausaha Dewan Ulama PAS. Turut hadir dslsm hiwar ini adalah Ustaz Azlisham, ahli dewan ulama PAS Johor.

Hiwar ini membincangkan kepentingan kepimpinan ulama dslsm jemaah PAS di samping tidak menafikan peranan golongan professional. Golongan ulama dan professional oerlu bekerja bersama-sama kerana masing-masing perlu memerlukan serts saling melengkapi.

Sambutan yang diterima memuaskan. Ramai ahli yang hadir bagi mendapatkan penjelasan daripada ahli panel. Walau bagaimanapun, PAS KAWASAN PENGERANG masih mengharapkan penyertaan dan penglibatan, sokongan dan kerjasama yang lebih lagi daripada masyarakat setempat khususnya di kawasan Pengerang ini.





Pada 18 April yang lalu, PAS KAWASAN PENGERANG khususnya di cawangan Felda Air Tawar 5 telah mendapat berita sedih iaitu kejadian kebakaran di rumah sahabat di Felda Air Tawar 5, Wak Razak. Beliau merupakan salah seorang ahli yang selalu melibatkan diri dalam program-program tarbiah sekitar Felda Air Tawar 5.

Justeru, ketua cawangan PAS Felda Air Tawar 5, En Baharuddin bin Miran telah melancarkan kutipan derma kilat bagi tujuan bantuan kecemasan segera.






PAS KAWASAN PENGERANG KHUSUSNYA cawangan Felda Air Tawar 5 merakamkan ucapan tazkiah kepada Wak Razak dan keluarga. Moga tabah dengan ujian yang dihadapi


Pada Sabtu yang lalu, kita telah menerima satu berita sedih iaitu kemalangan maut yang berlaku di lebuhraya DUKE. Kemalangan adalah sesuatu yang kerap berlaku dan kita menerimanya sebagai taqdir. Namun dalam kejadian kemalangan ini, kita agak kecewa kerana ianya dikatakan berpunca daripada lumba kereta.

Beberapa biji kereta MYVI yang merupakan ahli dari kelab kereta Familia Myvi Club yang sedang memandu laju (saksi mengatakan mereka sedang berlumba) telah menyebabkan kereta yang dipandu mangsa berpusing. Kami berasa amat sedih apabila mendengar berita bayi tercampak keluar dalam kejadian tersebut.

PAS KAWASAN PENGERANG mengutuk sikap pemandu-pemandu MYVI yang berlumba dan telah menyebabkan kemalangan tersebut. Walaupun ada ahli kelab kereta FMC yang membuay penafian dan membuat report balas bahawa kereta mangsa yang menyebabkan kemalangan tersebut, namun hasil rajah kasar dan siasatan polis menunjukkan yang sebaliknya. Bahkan ianya dikuatkan lagi dengan beberapa rakaman cctv.



Takziah diucapkan kepada ahli keluarga mangsa terutamanya Adik Nur Firuza. Moga Allah menggantikan kehilangan ahli keluarganya dengan yang lebih baik.

Pada 24 April 2015, telah berlangsung Muktamar Pas Kawasan Pengerang yang telah diadakan di PASTI al Farabi Bandar Mas. Muktamar telah berlangsung dengan lancar. Segala puji bagi Allah, majlis telah berlangsung dengan lancar. Terima kasih diucapkan kepada AJK PAS Kawasan Pengerang sesi 2012-2015 yang telah menjalankan tugas.
]


Tahniah dan takziah diucapkan kepada Tuan Haji Rashid bin Sihap yang telah dilantik menjadi Yang Dipertua PAS Kawasan Pengerang yang baru bagi sesi 2015-2017. Moga amanah yang digalas dapat dilaksana dengan baik.