Anak-anak adalah permata kurnian Allah S.W.T kepada suami dan isteri. Mereka adalah amanah yang perlu dijaga.
Anak-anak boleh menjadi aset ibu bapa ke syurga. Begiu juga sebaliknya. Seseorang ibu dan bapa mempunyai hanya sekali peluag untuk membesarkan seseorang anak. Sekiranya seseoran anak gagal dibesarkan dengan tarbiah yang betul, tidak ada talian hayat atau mesin masa yang dapat memutar masa mengembalikan mereka ke masa sebelumnya.
Justeru, ambillah peluang yang ada untuk membesarkan anak-anak dengan didikan dan tarbiah yang betul agar mereka membesar dan menjadi satu aset kepada agama (Islam) tidak kira di bidang mana sekalipun. Bukan sekadar ulama, ustaz ataupun ustazah sahaja. Bahkan sekiranya mereka membesar menjadi seorang engineer atau doktor sekalipun, ilmu dan kepakaran mereka akan digunakan untuk membantu agama.
Lagu : Anak Permata (RAIHAN)
0 ulasan:
Catat Ulasan