PAS PENGERANG BERSAMA HARIMAU SELATAN

Bismillah walhamdulillah. Setinggi-tinggi pujian dan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah atas keizinanNya, kami PAS kawasan Pengerang telah menaikkan satu poster billboard berukuran 9' X 43' pada petang ini.



Poster billboard ini sebagai tanda sokongan kami khususnya pemuda kepada pasukan bola sepak JDT.

Sukan adalah suatu elemen yang diminati dan digilai ramai. Masyarakat boleh berkumpul dan bersorak bersama dalam satu stadium atau lapangan tanpa mengira parti. Bahkan bersukan dan beriadah adalah suatu tuntutan dalam Islam. Akal yang sihat datangnya dari tubuh badan yang sihat.

Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada Tunku Mahkota Johor(TMJ) yang telah berjaya menarik sebilangan besar rakyat Johor keluar memberi sokongan kepada pasukan bola sepak Johor, Harimau Selatan. Dalam suasana semasa di mana masyarakat sangat terikat dengan gadget dan hidup dalam dunia maya masing-masing, agak sukar untuk mengajak masyarakat berkumpul untuk memberi sokongan kepada pasukan bola sepak Johor. Namun TMJ telah berjaya memeriahkan dan menghangatkan arena bola sepak di negeri Johor.

Terima kasih kepada petugas-petugas yang membantu. Insyaallah, kita akan bersorak bersama untuk kemengan JDT.





PAS PENGERANG BERSAMA HARIMAU SELATAN..


BAHARUDDIN BIN MIRAN
Ketua Penerangan
PAS Kawasan Pengerang
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

0 ulasan:

Catat Ulasan