USRAH BERMULA SEJAK ZAMAN BAGINDA S.A.W
Usrah bermula
sejak dari zaman Rasulullah S.A.W. Pada ketika itu Islam sangat sedikit
dan lemah. Bilangan umat islam pada ketika itu lebih kurang 30 orang.
Bagi memastikan islam terus tersebar , gerakan menyebarkan islam pada
ketika itu dijalankan secara "SIR" iaitu rahsia dan "HAZAR" iaitu
berjaga-jaga. Amatlah sukar pada ketika itu , para sahabat-sahabat
terpaksa bergerak pada waktu tengah malam agar tidak dapat dikesan oleh
kafir Quraisy yang mengamalkan agama nenek moyang menyembah berhala.
Sedangkan Islam mengamalkan agama wahyu , iaitu beriman dan bertaqwa
kepada Allah yang ESA.
Rasulullah
S.A.W merancang untuk bertemu dengan semua sahabatnya. Tetapi tidak tahu
di mana harus berkumpul dan selamat dari pandangan kafir quraisy. Lalu ,
seorang sahabat telah menawarkan rumahnya , dia adalah Abu Abdillah
Al-Arqam Bin Abi Al-Arqam. Rumahnya berlokasi di bukit Safa , di tempat
inilah para pengikut Muhammad belajar tentang islam. Sebelumnya rumah
Al-Arqam ini disebut Dar Al-Arqam (rumah Al-Arqam) tetapi setelah dia
memeluk islam ianya disebut Dar Al-Islam (rumah Islam). Dari rumah
inilah madrasah pertama umat islam belajar tentang ilmu islam. Usrah
dijalankan dan Naqibnya adalah Nabi Muhammad S.A.W.
USRAH INSTITUSI PENYEBARAN ISLAM MENGIKUT SUNNAH
Usrah
terus tersebar walaupun selepas kewafatan baginda Muhammad S.A.W.
Tersebar dan diteruskan oleh para sahabat , sehingga zaman khilafah
ar-rasyiddin. Malah usrah terus tersebar sehingga zaman Turki
Uthmaniyyah. Zaman kegemilangan Islam pada ketika usrah dijalankan
sangat hebat.. Sehingga digeruni oleh pihak musuh dari barat , timur ,
utara dan selatan.
Sehingga
seorang pengkhianat , Mustafa Kamel Attartuk , yang inginkan kuasa
telah menjadi pengkhianat atas arahan british pada ketika itu , Mustafa
Kamel Attartuk telah berpakat untuk meruntuh sistem khilafah. Apabila
musnahnya sistem khilafah ini maka gerakan islam telah diharamkan ,
tiada lagi usrah , tiada lagi ukhwah. 'Racism' mula dipraktikkan dan
tiada lagi perjuangan Islam melainkan perjuangan bangsa masing-masing.
IKHWANUL MUSLIMIN , MEMPERJUANGANKAN SYARIAT DAN AGAMA ALLAH
Beberapa
tahun islam mula berpecah belah. Perjuangkan bangsa. Namun dalam
kesibukkan memperjuangkan bangsa masing-masing , telah lahir insan
bernama Hasan Al-Banna. Latar belakang keluarganya adalah islamik.
Bapanya seorang ulama' , manakala imam Hasan Al-Banna pula sekadar
seorang guru bahasa arab pada ketika itu. Namun didikan bapanya kepada
adik-beradik Al-Banna , telah menyebabkan cinta keluarga ini kepada
Islam sangat tinggi.
Melihat
kepada berpecahnya umat islam , imam Hasan Al-Banna mula bernekad untuk
mewujudkan kembali khilafah islamiyyah bagi menyatukan umat islam
kembali. Bagi memastikan khilafah islamiyyah dan Syariat Allah tertegak
di bumi Allah. Maka dengan itu , Imam Hasan Al-Banna mewujudkan kembali
sistem Usrah dan dijalankan seperti zaman Baginda S.A.W. Imam Hasan
Al-Banna bersama adik-beradiknya bergerak dalam keadaan SIR dan HAZAR.
Pada suatu malam Imam Hasan Al-Banna bersama para sahabat dan
adik-beradiknya yang cintakan islam telah berbaiah kepada Allah S.W.T
dan Rasulullah S.A.W. Mereka berbaiah untuk meperjuangkan islam dan
menyambung rantai perjuangan baginda S.A.W. Maka pada malam itu
terbentuknya gerakan Islam bernama ikhwanul Muslimin.
HILANG PATAH , TUMBUH BERGANTI.
AKIBAT SEBIJI BENIH GUGUR KE TANAH , TUMBUH POHON YANG BESAR.
Ikhwanul
muslimin semakin hebat. pengaruhnya semakin besar. Hal ini menyebabkan
kerajaan gerun pada ketika itu melihat gerakan islam ini mula menjadi
tumpuan masyarakat. Pihak kerajaan pada ketika itu sangat takut ikhwanul
muslimin dalam menumbangkan kerajaan. Lalu mereka telah memboikot
gerakan ikhwanul muslimin.
Akibat
gerakan Ikhwanul Muslimin semakin hebat di bawah pimpinan Imam Hasan
Al-Banna pada ketika itu , pihak kerajaan telah merancang untuk membunuh
Imam Hasan Al-Banna.
Pada
suatu malam , Imam Hasan Al-Banna bersama abang iparnya baru sahaja
pulang dan ingin menahan teksi. Apabila teksi berhenti , imam Hasan
Al-Banna ditembak sebanyak 7 das tembakkan di tubuhnya. Lalu dia
terbaring kerana ditembak bertubi-tubi sehingga 7 kali. Namun Imam Hasan
Al-Banna tidak gugur , dia masih dipinjamkan oleh Allah sedikit
kekuatan untuk bangun bersama abang iparnya. Dengan darah yang mengalir ,
Imam Hasan Al-Banna masih mampu berjalan ke hospital untuk dirawat.
Namun semakin sedih apabila hospital itu memboikot Imam Hasan Al-Banna
atas arahan kerajaan. Mereka tidak mahu merawat Imam Hasan Al-Banna.
Akibat hilang terlalu banyak darah , Imam Hasan Al-Banna telah syahid
pada malam itu.. Allahuakbar...
Kematian
Imam Hasan Al-Banna telah menjadi tumpuan masyarakat. Akibat dibunuh ,
rakyat mula sedar dan bangkit. Bangkit menentang kerajaan yang
memerintah pada ketika itu.. Akibat seorang pimpinan gugur , telah
menyebabkan rakyat yang ramai bangkit inlah yang dikatakan akibat sebiji
benih gugur ke tanah , tumbuh pohon yang besar.
0 ulasan:
Catat Ulasan