IMAN - Antivirus Dalam Diri

Assalamualaikum.

Penulisan kali ini agak santai dan tajuknya agak trendy. Mungkin anak muda lebih familiar dengan perkataan antivirus. Mereka yang selalu guna komputer apatah lagi selalu melayari internet memang terdedah dengan serangan virus.

Virus komputer adalah sejenis aplikasi yang mampu menggandakan 'diri' mereka dan terus beroperasi. Makin banyak virus yang beroperasi dalam sesebuah komputer, maka operasi komputer itu akan semakin lembab.

Ada juga virus yang berupaya merosakkan data dalam sesebuah komputer. Jika IPT, antara yang famous ialah virus shortcut.Virus ini akan menjadikan semua fail dalam sesuatu pendrive bertukar menjadi shortcut. Fail-fail asal disembunyikan.

VIRUS DALAM DIRI

Dari sudut kesihatan, wujud juga virus-virus yang boleh melemahkan tubuh badan manusia. sekiranya tidak diberikan penawar/ubat, penyakit-penyakit yang berpunca daripada virus-virus tersebut akan lebih cepat merebak.

Penulisan kali ini sebenarnya menjurus kepada virus yang melemahkan dan merosakkan pengabdian dan penghambaan diri seseorang itu kepada Allah. Kita sebagai manusia telah diperintahkan untuk beramal dengan perintah-perintah Allah S.W.T dan meninggalkan larangannya. Manusia dibangkitkan di atas muka bumi ini untuk beribadah kepada Allah S.W.T sebagai mana yang difirmankan:


وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
“Tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku.” (QS. Adz-Dzariyaat [51]: 56)

Walau bagaimana pun, dalam proses beribadah kepada Allah, wujud 'virus-virus' yang sentiasa cuba untuk melemahkan keinginan manusia untuk beribadah kepada Allah, juga turut merosakkan ibadah mereka. 'Virus-virus' ini adalah syaitan.

Syaitan telah berjanji di hadapan Allah S.W.T untuk menyesatkan keturunan Nabi Adam A.S sehinggalah datangnya kiamat. Ini dijelaskan dalam Al Quran:



Syaitan akan masuk ke dalam saluran-saluran darah dan mengganggu kelancaran peredaran darah supaya manusia berasa malas, mengantuk, lenguh-lenguh dan akhirnya cepat-cepat keluar dari masjid atau majlis ilmu.

Syaitan juga masuk ke dalam tubuh badan manusia dan mengganggu manusia tersebut. Mereka yang melihat manusia diganggu sedemikian akhirnya mencari dan mendapatkan pertolongan dari bomoh-bomoh. Sekali lagi syaitan berjaya menyesatkan manusia.

Selain itu, syaitan juga akan cuba berbisik-bisik untuk mengajak manusia menuju ke jalan maksiat khususnya zina. Syaitan akan cuba bermain dengan perasaan para pemuda dan pemudi, membisikkan perasaan rindu dan seumpamanya. Akhirnya pemuda dan pemudi tersebut terjerumus ke lembah perzinaan.




ANTIVIRUS IMAN

Kita akan dapat mengelakkan diri daripada terkena jangkitan 'virus'(ajakan) syaitan ini sekiranya IMAN kita kuat. Namun iman itu kadang kala naik dan kadang kala turun. Hadith daripada Ibn Hibban bahawa sabda Rasullullah s.a.w, "”Iman itu kadang naik kadang turun maka perbaharuilah iman kalian dengan la ilaha illallah.”
 
Penulis andaikan di sini IMAN itu sebagai antivirus kepada manusia. Manusia tidak akan melakukan maksiat saat ketika pada dirinya punya iman. Hadits Abu Hurairah RA bahwa Nabi SAW bersabda, “Tidak akan beriman seorang pelacur di waktu berzina jika ia sedang beriman. Dan tidak akan minum khamr di waktu minum khamr jika ia sedang beriman. Dan tidak akan mencuri di waktu mencuri jika ia sedang beriman.”

Justeru iman ini menjadi benteng manusia dari terlibat dengan perkara-perkara yang maksiat. Iman menjadikan seseorang itu tidak dapat dirosakkan oleh hasutan syaitan.

ANTIVIRUS PERLU DI'UPDATE'

Sebagai mana virus perlu di'update', begitulah juga dengan IMAN.

Dari semasa ke semasa, komponen-komponen di atas (antaranya) perlu kita update dan upgrade. Sebagai contoh, zikrullah. Allah sebutkan dalam Al Quran bahawa zikrullah akan menenangkan hati.

Setiap hari kita akan berhadapan dengan masalah untuk diselesaikan. Semakin hari, masalah akan semakin mencabar. Cabaran-cabaran ini terkadang membuatkan hati resah, gelisah dan tidak tenang. Justeru, makin meningkat usia, makin besar masalah, sudah tentu perlu kepada zikir yang lebib banyak.

Di samping ibadah wajib yang kita wajib dan seharusnya tidak terlepas dari menunaikan, kita juga perlu kepada ibadah-ibadah sunat. Ibadah-ibadah sunat ini selain bertindak menyempurnakan ibadah ibadah wajib, ia berperanan menambahkan kesukaan kita untuk beribadah. Bila kita suka untuk beribadah, ia akan menarik 'halawatul iman/ibadah' dan khusyuk kepada kita.


Kehidupan dunia semakin mencabar. Virus-virus semakin membiak. Jangan lupa update antivirus anda.


(Gambar hiasa jerrr...)

Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

0 ulasan:

Catat Ulasan