Pada 7 November 2015 yang lalu, beberapa wakil PAS kawasan Pengerang telah mengadapan program ziarah aktivis veteran PAS kawasan Pengerang sekitar Gugusan Adela. Antara perkara yang dibincangkan berkisar semangat istiqamah bersama PAS, mendengar nasihat daripada veteran aktivitis PAS kawasan dan yang paling utama, mohon mereka terus istiqamah mendoakan kesejahteraan dan pertolongan Allah untuk kemenangan PAS.

Gambar sekitar ziarah ke rumah HJ Md Paimon b Jasmin






Sekitar ziarah ke rumah En Juminan b Subikan




Firman Allah SWT:

"Allah tidak sekali-kali membiarkan orang-orang yang beriman itu di atas kedudukan  yang ada selama-lamanya(tanpa ujian penapisan), sehingga Allah mendedahkan perbezaan di antara yang buruk  dikeluarkan daripada yang baik.  Allah tidak menampakkan kamu perkara yang ghaib, tetapi Allah memilih sesiapa yang Dia kehendaki di kalangan para Rasulnya (dengan pendedahan tersebut) . Maka beriman (percayalah) kepada Allah dan para Rasulnya. Dan jika kamu beriman dan bertaqwa, maka Allah kurniakan kamu ganjaran yang sangat besar". (Surah Ali-Imran: 179)

Sebab nuzul (turun) ayat-ayat ini bersempena peristiwa Uhud yang berlaku di bulan Syawwal tahun ketiga hijrah. Apabila Rasulullah SAW bermusyawarah dengan para sahabat RA setelah mengetahui kedatangan musuh daripada musyrikin Makkah, mereka sudah berada di Uhud 6 Syawwal tahun ketiga hijrah, bala tentera yang besar jumlahnya 3,000 orang, bersenjata lengkap untuk menyerang Madinah.
Dalam mesyuarat itu Rasulullah SAW mencadangkan supaya bertahan di Madinah, menunggu musuh datang menyerang, di mana pihak Islam boleh bertempur di lorong dan berbentengkan bangunan. Cadangan ini disokong oleh Abdullah bin Ubai pemimpin munafiq dengan niat yang jahat, memudahkannya menyembunyikan diri.

Cadangan kedua pula daripada kalangan para sahabat, supaya keluar menyerang musuh di luar daripada kota Madinah, ke tempat mereka sedang berkhemah berhampiran bukit Uhud. Langkah ini lebih strategik dan menyelamatkan kota Madinah yang menjadi benteng terakhir. Cadangan ini disokong kuat oleh Saidina Hamzah RA dan lain-lain, khususya para sahabat yang tidak sempat ke Badar.

Akhirnya Rasulullah SAW memilih cadangan kedua, iaitu keluar menentang musuh yang sudah berada di Uhud. Apabila melihat Rasulullah SAW memakai pakaian perang  untuk keluar, kalangan yang membawa cadangan ingin menarik balik cadangan mereka, kerana sangat bersimpati kepada Rasulullah SAW terhadap cadangannya, serta tidak mahu mengecewakan kalangan munafik. Tiba-tiba Rasulullah SAW menegaskan bahawa sifat seseorang Rasul itu tegas dengan keputusan masyuaratnya.

Dalam perjalanan ke Uhud pula Abdullah bin Ubai menarik pengikutnya berundur dengan alasan cadangan yang disokongnya dalam mesyuarat telah ditolak dan dikecewakan. Dia berjaya manarik satu pertiga anggota yang berjumlah hanya seribu orang, menjadikan bakinya 700 anggota.  Berbanding dengan musuh yang lebih besar berjumlah 3,000 anggota. Dalam keadaan ini juga Rasulullah SAW menolak pasukan tentera kaum Yahudi Madinah rakan tahaluf yang datang untuk memberi bantuan, hanya menerima Yahudi yang beriman sahaja.

Apabila sampai di Uhud, Rasulullah SAW mengatur kedudukan tentera Islam secara terperinci dengan kedudukan masing-masing. Sebahagiannya berada di markas operasi, bersama Rasulullah SAW,  sebahagian lagi ialah pasukan pemanah, ditugaskan berada di atas puncak anak bukit, mengawal dan menjadi pelindung daripada serangan yang mungkin datang daripada belakang, mereka diberi arahan tidak dibenarkan meninggalkan tempat dalam semua keadaan. Adapun sebahagian yang lain menyerang musuh yang besar jumlahnya.

Pada awal peperangan tentera Islam mencapai kemenangan, sehingga musuh berundur meninggalkan banyak harta yang dibawa untuk menjadi semangat kepada mereka. Apabila pasukan pengawal anak bukit meninggalkan kedudukan mereka, tanpa peduli kepada arahan Rasulullah SAW kerana ingin memungut  harta yang ditinggalkan musuh. Maka, datanglah kemalangan yang tidak berbau, tentera berkuda  musuh mengambil kesempatan menyerang daripada belakang, menjadikan markas besar terdedah diserang hebat, tentera musuh yang melarikan diri berpatah balik menyerang balas, menjadikan tentera Islam dan Rasulullah SAW yang berada di markas operasi dalam keadaan kritikal, terdedah kepada serangan dan kepungan musuh.

Walaupun Rasulullah SAW berjaya mengambil langkah berundur dan mengambil kedudukan bertahan ke bukit Uhud  berjaya menyelamatkan keadaan, sehingga musuh tidak berani meneruskan serangan bahkan mereka berundur pulang ke Makkah dalam ketakutan.

Namun, ramai kalangan sahabat gugur syahid sehingga 70 para sahabat radiallahuanhum termasuk Saidina Hamzah RA, bapa saudara kesayangan Baginda. Ramai yang mendapat luka, termasuk Rasulullah SAW patah giginya yang mulia, darah berlumuran pada wajahnya, menjadikan semua mereka dalam kesedihan, maka Allah mewahyukan ayat-ayat tersebut di atas tadi.

Allah menurunkan wahyu firman di atas, menegaskan bahawa peristiwa itu ditetapkan-Nya sendiri, dalam ilmu dan kebijaksanaan ketuhanan-Nya, yang Maha Suci daripada segala sifat kekurangan. Allah mengkehendaki berlakunya Istiqamah kepada perjuangan Islam yang dijanjikan kemenangan. Islam yang ditegakkan itu wajib berlaku adil terhadap semua, membawa rahmat Allah kepada seluruh alam. Kemenangan yang tidak sama dengan ciptaan manusia  yang lemah. Layak diberi Allah hanya kepada mereka yang beristiqamah dengan iman, berilmu dan budiman dengan ikhlas hati. Iman dan Ikhlas hati adalah perkara ghaib yang tersirat diluar kemampuan pandangan manusia dan hanya nyata dalam ilmu Allah.

Maka, berlakulah penapisannya  dengan tarbiyyah secara langsung daripada Allah, bagi menjana istiqamah dan menyingkirkan kalangan yang tidak istiqamah dan tidak ikhlas. Tegasnya, Allah menyingkirkan kalangan munafiq dengan mereka menolak keputusan mesyuarat kerana cadangan mereka ditolak, atau merasakan Islam tidak menang kerana menolak cadangan mereka dan tidak menerima bantuan Yahudi. Ketewasan juga berlaku kerana adanya kalangan yang lemah iman kerana mengejar habuan sebelum kemenangan sehingga meninggalkan kawalan tanpa peduli kepada arahan Rasulullah SAW yang memimpin mereka.

Namun, ada kalangan beriman yang insaf dan bertaubat. Allah SWT berfirman:

"Sesungguhnya mereka yang berpaling meninggalkan kamu pada hari (Uhud) apabila kamu menghadapi bertembungnya dua kumpulan (Islam dan musuhnya), sesungguhnya mereka telah diselewengkan oleh syaitan dengan sebab sebahagian daripada apa yang telah mereka usaha bersalah laku. Sesungguhnya Allah mengampunkan mereka dan Allah itu Maha pengampun dan Maha berlembut terhadap hambanya". (Surah Ali-Imran: 155)

Berlakunya tidak Istiqamah kerana tidak beriman atau tidak ikhlas atau jasad dan rohnya tidak berakhlak. Perkara roh dan hati hanya berada dalam ilmu Allah, ada juga yang menzahirkan kesalahannya, dan ada yang tidak terzahir sifat buruknya, Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Ada kalangan yang beristighfar kembali ke pangkal jalan dan ada yang berdegil sehingga menemui ajalnya.

Al-Quran adalah petunjuk sepanjang jalan dan zaman. Fahamilah Al-Quran di hadapan guru yang mursyid, jangan bergurukan "facebook" yang tiada mursyid atau sepertinya.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
06 Zulkaedah 1436H / 21 Ogos 2015M


Tinta Penerangan. Siri 07

PAS : Bagaimana Intima' Yang Kukuh ?

Oleh : Nasrudin bin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat.

1. Intima' ertinya menyertai dengan satu ikatan. Berintima' dengan PAS maknanya menyertai PAS dengan satu ikatan. Namun disana terdapat intima' yang salah dan rapuh dengan maksud mereka menyertai PAS dengan Intima' yang longgar dan rapuh. Hanya terdapat satu sahaja jenis Intima' yang benar, kukuh dan utuh.

2. Intima' yang rapuh, longgar dan salah ini sekurang - kurangnya ada 4 jenis.

a) Intima' Syakhsi (إنتماء شخصي)

Menyertai PAS kerana ketokohan individu tertentu. Intima' ini rapuh justeru individu atau tokoh tertentu boleh pergi dan datang. Jika tokoh yang menjadi idolanya meninggalkan PAS, maka ia akan turut meninggalkan PAS. Perjuangannya tidak mantap dan utuh. Pendiriannya tidak kukuh. Mungkin bertahan beberapa tahun mengikut ketahanan tokoh yang menjadi sebab kenapa ia menyertai PAS. Ada sepanjang hayatnya bersama PAS tetapi penghujung usianya berakhir di luar PAS.

Situasi ini pernah ditegaskan oleh Saidina Abu Bakar Rha.

 مَنْ كَانَ يَعْبُدُ مُحَمَّدًا صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَإِنَّ مُحَمَّدًا قَدْ مَاتَ، وَمَنْ كَانَ يَعْبُدُ اللَّهَ فَإِنَّ اللَّهَ حَيٌّ لاَ يَمُوتُ

Barangsiapa yang mengabdikan diri kepada Muhammad saw maka sesungguhnya Muhammad saw telah mati dan barangsiapa yang mengabdikan diri kepada Allah swt maka sesungguhnya Allah swt hidup dan tidak mati.

Lalu Saidina Abu Bakar Rha membaca ayat Allah swt :

وَمَا مُحَمَّدٌ إِلَّا رَسُولٌ قَدْ خَلَتْ مِن قَبْلِهِ الرُّسُلُ أَفَإِن مَّاتَ أَوْ قُتِلَ انقَلَبْتُمْ عَلَىٰ أَعْقَابِكُمْ وَمَن يَنقَلِبْ عَلَىٰ عَقِبَيْهِ فَلَن يَضُرَّ اللَّهَ شَيْئًا وَسَيَجْزِي اللَّهُ الشَّاكِرِينَ

Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul. Apakah sekiranya ia mati atau terbunuh, kamu akan berpaling tadah memusing tumit kamu ? sesiapa yang berpaling memusingkan tumitnya, maka ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun, sebaliknya Allah akan memberi balasan pahala kepada orang yang bersyukur.

Surah Aali Imran : 144

b) Intima' Maslahi (إنتماء مصلحي)

Menyertai PAS kerana kepentingan peribadi atau kelompok dan mempunyai agenda tertentu yang ingin dicapai. Apabila gagal mencapai kepentingan yang diingini dan tidak berjaya melunaskan agenda mereka, maka mereka akan mencari tapak yang lain untuk pelan 'B' dan meninggalkan PAS. Ketahanan mereka berdasar sejauh mana atau selama mana mereka perolehi kepentingan dan memiliki peluang menjayakan agenda mereka.

c) Intima' Irtijaali (إنتماء ارتجالي)

Menyertai PAS secara spontan tanpa asas dan sebab yang kukuh. Ia sendiri tidak mengetahui kenapa ia menyertai PAS. Bakanya adalah baka PAS. Ayah dan ibunya PAS serta persekitaran ia membesar juga PAS. Justeru itu ia tidak mempunyai jawapan yang konkrit kenapa ia menyertai PAS selain dari menyedari bahawa ia telah PAS sejak awal. Pendirian mereka akan cepat goyang apabila PAS dilanda krisis dan mereka seperti ini tidak mempunyai jawapan yang mantap kenapa ia mesti terus berada dalam PAS yang sedang bergoncang dilanda gelombang. Akhirnya ia lari meninggalkan PAS kerana tidak sanggup berdepan dengan apa jua kemungkinan.

d) Intima' A'fawi (إنتماء عفوي)

Menyertai PAS berasaskan kecenderungan dan simpati terhadap apa yang diperjuangkan oleh PAS yang juga teruk dibelasah oleh musuh. Intima' jenis ini longgar serta rapuh kerana kecenderungan dan simpatinya akan berakhir terutama apabila didapati PAS tidak lagi menepati kemahuan dan kehendaknya. Tiada lagi simpati malah boleh bertukar menjadi benci. Tatkala benci menguasai diri, maka mereka akan mengangkat kaki meninggalkan PAS

3. Intima' yang benar, kukuh, utuh dan mantap hanya satu iaitu Intima' Aqidi (إنتماء عقيدي).

Menyertai PAS berdasarkan tuntutan Aqidah Islamiyyah. Berdiri atas Iman kepada Allah swt dan Kitabnya yang diwahyukan kepada Nabi saw. Menunaikan perintah Allah swt dengan penuh yakin dan optimis supaya berjuang menegakkan Syariat Allah swt dengan harta dan  jiwa raga. Firman Allah swt :

انفِرُوا خِفَافًا وَثِقَالًا وَجَاهِدُوا بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ

Pergilah kamu segera untuk berjuang pada jalan Allah, sama ada dengan keadaan ringan ataupun berat dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah. Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.

Surah At Taubah : 44

4. Intima' yang kukuh ialah apabila kita meletakkan diri berjuang hanya untuk meninggikan kalimah Allah swt, menegakkan syariat dan segala syiarNya, mencari keredhaan Allah swt di dunia dan diakhirat.

Dari Abu Musa Al Asy'ari bahawa
terdapat A'rabi datang bertanya Nabi saw:

الرَّجُلُ يُقَاتِلُ لِلْمَغْنَمِ وَالرَّجُلُ يُقَاتِلُ لِيُذْكَرَ وَيُقَاتِلُ لِيُرَى مَكَانُهُ مَنْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَقَالَ مَنْ قَاتَلَ لِتَكُونَ كَلِمَةُ اللَّهِ هِيَ الْعُلْيَا فَهُوَ فِي سَبِيلِ اللَّه

Ada tokoh yang berjuang kerana mahu memiliki harta rampasan, ada tokoh yang berjuang supaya namanya disebut-sebut, ada yang berjuang supaya dirinya berketerampilan dan terpandang. Maka siapa yang diiktiraf berjuang di jalan Allah swt ?

Dalam riwayat yang lain :

الرجل يقاتل شجاعةً ويقاتل حميةً ويقاتل غضباً فمن في سبيل الله

Ada yang berjuang kerana tunjuk berani, ada yang berjuang kerana mahu mendapatkan pelindungan, ada yang berjuang kerana semata-mata benci kepada musuh, maka siapa yang benar-benar diiktiraf sebagai pejuang dijalan Allah swt.

Lalu Jawab Rasulullah saw :

Sesiapa yang berjuang untuk meninggikan kalimah Allah swt (mengatasi ideologi ciptaan manusia) maka ia berada pada Jalan Allah swt. (Fi Sabilillah)

~ Muttafaqun Alaihi ~

5. Mereka yang menyertai PAS dengan Intima' yang rapuh pasti sahaja tidak akan mampu bertahan bersama PAS sebagai sebuah Gerakan Islam yang berjuang untuk menegakkan Kalimah (syariat) Allah swt kerana ujiannya terlalu getir khasnya ujian dalaman yang boleh membawa kekecewaan dan patah hati. Hanya mereka yang menyertai PAS kerana aqidah sanggup berjuang dan mampu bertahan hingga ke denyut nadi yang terakhir. Samaada menang atau syahid, namun untuk memalingkan tumit meninggalkan perjuangan adalah tidak sama sekali.


"Istiqamah Hingga Kemenangan"

Sekian.

Banyak yang suka bersedekah a.k.a duit raya pada hari raya. Sebenarnya ganjaran bersedekah lagi tinggi di bulan ramadhan.

Sampul duit stock clearance. RM2/packet. Beli=menyumbang untuk dana PASTI yg akan dibuka insyaallah. Sapa nk blh pm.
PAS Kawasan Pengerang ingin menjemput Dato/Datin/tuan/puan untuk turut sama menyumbang dalam menambah saham akhirat kita bersama.


Kami mengharapkan makluman ni dapat diviralkan ke fb/whatsapp/instagram sahabat-sahabat.

Bagi yang ingin resit, boleh berhubung dengan Tn Hj Abdul Rashid atau Cikgu Selamat untuk diuruskan.

Jazakallahu khairan jazak....

Dengan rasa rendah diri, surat ini saya tujukan kepada semua umat Islam dengan semangat saling ingat memperingati sesama kita.

Ada dalam kalangan umat Islam yang memberi alasan bagi menolak usul persendirian berkaitan undang-undang jenayah dengan menggunakan beberapa perkataan yang berkaitan hukum Islam. Antaranya menyebut perkataan-perkataan seperti “Siyasah Syari’yyah”, “Maqasid Syari’ah”,“Fiqh Aulawiyyat”, “Maslahah” dan lain-lain. 

Ketika membicarakan tajuk yang berat seperti ini, maka tentunya sangatlah tidak manis sekiranya kita menjadi laksana burung kakaktua yang pandai hanya menyebut kalimah yang diajar oleh tuannya, namun tetap berstatus binatang tanpa akal tanpa memahami hakikat atau tasawwur daripada perkataan yang diucap. Maka menjelaskan maknanya dengan ilmu yang bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah adalah sangat penting.

“Hudud” adalah cabutan daripada salah satu daripada hukum jenayah yang banyak dan menyeluruh. Mungkin sengaja dijadikan hujah yang difikirkan bagi menolak syari’at. Mereka menganggap Hudud paling sesuai dijadikan sasaran kerana pandangan mereka paling ganas, tanpa mengetahui secara detail dan objektif. Tanpa menyedari pula betapa ganasnya undang-undang ciptaan manusia yang masih dibanggakan, seperti hukuman bunuh secara kuno : menjerut tali ke leher secara menggantung, begitu juga hukuman sebat sehingga menyeksa  tanpa kesan mendidik masyarakat.

Penjelasan ini khusus bagi penganut Islam yang jahil tanpa dimaafkan, kerana beriman tanpa ilmu dan tidak berbudiman terhadap agama sendiri, serta tanpa peduli terhadap batas-batas iman dan kufur yang wajib diketahui dan dipelihara secara fardu ‘ain.

Dr Yusuf al-Qardawi dalam kitabnya  (تيسير الفقه للمسلم المعاصر) - Memudahkan Kefahaman Kepada Muslim Semasa di halaman 102 menjelaskan :

Terdapat tiga madrasah (pandangan) apabila menghadapi masalah semasa :
  1. Kalangan yang berpegang kepada nas juzi’i yang zahir secara jumud tanpa menterjemahkannya secara ijtihad melalui ilmu Siyasah Syariyyah, Usul dan Maqasid.
  2. Kalangan yang menyalahggunakan Siyasah Syariyyah, Usul dan Maqasid sehingga membelakangi nas yang nyata.
  3. Kalangan yang mengambil kira kedua-dua aspek yang penting dalam ilmu Islam.
Nas yang nyata adalah ilmu Allah yang difirmankan atau ucapan Rasul S.A.W yang bersifat ma’sum. Adapun yang lain dari nas yang nyata adalah keizinan Allah bagi ruang ijtihad di kalangan para ulama bagi melaksanakan syariat Islam dengan bijak dan adil, bukannya meninggal syariat Allah dengan alasan sehingga  boleh digantikan dengan undang-undang ciptaan manusia yang dianggap lebih baik.
  • Siyasah Syari’yyah
Perkataan  “siyasah” daripada bahasa Arab yang bermaksud mentadbir, mengurus dan memandu atau memimpin yang disebut terkini dengan perkataan politik atau pentadbiran atau panduan. Dicampur dengan perkataan Syara’ dengan maksud kaitannya dengan urusan pelaksanaan syariat mengikut jadual, pelaksanaan, dan pengurusan melaksanakan hukum Islam, bukannya meninggalkan hukum Islam untuk diganti dengan yang lain. (Sila lihat huraian secara khsus dalam kitab-kitab  Ahkam Sultaniyyah Karangan  al-Mawardi dan Ghiath karangan  Imam Haramain daripada Mazhab Syafei; al-Sair al-Kabir daripada mazhab Hanafi; Siyasah Syariyyah Ibnu Taimiyyah dan Turuq Hukmiyyah Ibnu Qayyim  daripada mazhab Hambali dan Muqaddimah Ibnu Khaldun daripada mazahab Maliki).      

Tegasnya ialah melaksanakan Syariat dengan betul, bukannya meninggalkan Syariat Allah dengan gantian hukum yang lain.
  • Maqasid Syari’ah
“Maqasid” bermakna tujuan-tujuan, maksudnya ialah tujuan pelaksanaan syariat. Objektifnya ialah cara mencapai matlamat membawa maslahat kebaikan kepada manusia secara umum dan khusus secara adil dan istiqamah dan menolak kemudaratan. Di sini pula ada tujuan yang telah ditetapkan oleh syara’  dan ada juga yang tidak disebut di mana Allah memberi keizinan mengikut kemampuan akal dan ilmu manusia.

(Kepada yang mampu berbahasa Arab sila rujuk kepada dua tokoh ilmu Maqasi : Al Syatibi : Al Muwafaqat : J:2, muka surat 391. Ibnu ‘Asyur : muka surat 19)

Contohnya, apabila khalifah Umar R.A. tidak memotong tangan pencuri di tahun melesetnya ekonomi kerana berlakunya kemarau panjang, dan bukannya kerana meninggalkan hudud, tetapi disebabkan melihat keadaan desakan hidup apabila dibayar gaji yang tidak mencukupi, menjadikan seseorang itu melakukan jenayah secara terdesak. Maka kerana itu hukuman potong tangan adalah haram dilaksanakan, kerana Hadis Rasulullah S.A.W. : “Hukuman Hudud ditolak (kerana adanya syubuhat”.

Ditolak hukuman hudud ini pula bukan bermakna terlepas begitu sahaja. Tetapi hendaklah dipindahkan kepada hukuman takzir yang termasuk dalam ruang Syariat Islam. Hukuman hudud tidak boleh dijatuhkan kerana tidak memenuhi syarat yang mencapai adil dan mendidik masyarakat mengikut kemampuan. Mudarat daripada kemelesetan ekonomi yang menimpa penjenayah adalah lebih besar. Sebaliknya kalau pencuri itu seorang berpendapatan tinggi sudah tentu dihukumkan.          

Maqasid Syari’ah tidak bermakna membatalkan penguatkusaan undang-undang Hudud. Maqasid Syari’ah dalam hal ini bermakna hukuman tidak boleh dijatuhkan kerana menafikan tindakan secara adil yang menjadi matlamat syariat. Kalau dijatuhkan hukuman juga, bermakna kita tidak melaksanakan syariat kerana tidak mencapai matlamatnya. Meninggalkan syariat secara total menghilangkan segala maqasidnya.

Contohnya juga ialah mengenai kalimah Allah dibenarkan penggunaannya pada asalnya oleh penganut bukan Islam walau pun salah mengikut penafsiran kita, tetapi apabila tujuan penggunaannya bagi mengelirukan penganut Islam yang jahil, maka pihak berkuasa berkenaan agama Islam berhak menghalangnya . Mengikut  Qaedah (Semua perkara dilihat juga kepada tujuannya).
  • Fiqh Aulawiyyat
Bermaksud melihat keutamaan secara fiqh (faham mengikut panduan Syariat). Contohnya Islam meletakkan perkara keperluan rukun hidup bagi manusia ialah memelihara (1) Aqidah agama, (2) Nyawa, (3) Akal, (4) Keturunan dan (5) Harta.

Contohnya tidak dijatuhkan hukuman hudud terhadap pencuri kerana lapar adalah kerana keutamaan memelihara nyawa hendaklah didahulukan daripada memelihara harta. Hukuman hudud ditangguh dalam keadaan perang kerana menghalang penjenayah melarikan diri kepada musuh, kerana keselamatan negara diutamakan. Bukan bermakna penjenayah dibebaskan, tetapi diturunkan kepada hukuman takzir.

Orang bukan Islam dikecualikan dahulu kerana berdakwah dalam konsep tiada paksaan dalam agama adalah lebih aulawiyyat.

Contohnya juga seperti pengambilan tanah untuk mendirikan hospital atau jalan raya adalah diizinkan kerana kepentingan umum hendaklah didahulukan daripada kepentingan individu atau segelintir, dan hendaklah diganti tanah itu secara yang adil pula.

“Aulawiyyat” itu pula hendaklah dalam ruang lingkup hukum syariat terlebih dahulu, bukannya bermakna meninggalkan hukum syariat.

Apabila segala syarat tidak ada bagi hukum Hudud dan Qisas maka hendaklah dipilih dalam ruang hukum takzir yang sangat luas.

Bukannya melarikan diri kepada hukum ciptaan Barat yang banyak kelemahannya. Perlu disedari bahawa di sana ada juga tidak yang sama dengan undang – undang yang sedia ada, perbezaannya tidak ada roh seperti syariat Islam. (Sila lihat Dr Yusuf Al Qardhawi dalam Siyasah Syariayyah halaman 284-297)
  • Maslahah
“Maslahah” dengan maksud tujuan membawa kebaikan. Sama ada mendapat faedah atau menolak kemudaratan. Para ulama membahagikan maslahat itu kepada tiga kedudukan :

(1)- Maslahah Mu’atabarah

Ialah dalam perkara yang telah ditetap oleh Allah Yang Maha Mengetahui dan Rahmat terhadap makhluknya. Maka ada yang diwajibkan dan ada pula yang diharamkan. Maka percayalah bahawa semua yang diwajibkan tetap membawa kebaikan dunia dan akhirat. Perkara yang diharamkan tetap mendatang mudarat kepada diri atau masyarakat. Contohnya ialah seperti wajibnya berpuasa kepada yang mampu dan haramnya arak dan judi. Ianya adalah ketetapan Allah SWT.

(2)- Maslahah Mulghah

Dalam perkara yang diharamkan kerana mudaratnya lebih besar atau manfaatnya tidak ada .Contohnya seorang yang mencuri atau merompak atau mengedar dadah dengan maslahat mengumpul duit untuk kebajikan atau nafkah keluarga. Maslahat ini dibatalkan kerana mudaratnya sangat besar sehingga menimbus segala kebaikannya.

(3)- Maslahah Mursalah (Masoleh Mursalah)

Dalam perkara yang didiamkan oleh al-Quran dan Hadis maka ruangnya adalah terlalu luas kepada manusia di sepanjang zaman.

Melaksanakan Syariat adalah maslahah yang telah ditetapkan oleh Allah Yang Maha Mengetahui dan Penyayang kepada makhluknya.

Isu Enakmen Kanun Jenayah Syariat (KJS) Negeri Kelantan

Isu undang-undang  jenayah Syariat menjadi hangat sejak kedatangan penjajah apabila mereka menghapuskannya. Seterusnya menjadi hangat di kalangan umat Islam sendiri kerana kejahilan agama dan pendekatan, sehingga berlakunya isu kafir mengafir dalam masyarakat sendiri kerana kejahilan hukum dan kejahilan  cara pendekatan berdakwah.

Apabila keadaan dapat diredakan, maka PAS mengambil langkah ke depan melalui kemenangannya di Kelantan, kemudiannya di Terengganu secara ilmu dan demokratik.

Langkah pertama ialah menubuhkan pasukan daripada Parti dan kerajaan. Pasukan ini melibatkan Ketua Dewan Ulama dan kalangan ahli majlis Syura Ulama, Tun Saleh Abas (Mantan Ketua Hakim Negara), al-Marhum Prof Ahmad Ibrahim salah seorang pengasas UIA (mantan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat tahun lima puluhan daripada Singapura dan mantan Peguam Negara Singapura yang pertama), al-Marhum Dr Mahmud Saedon Awang Osman dari UIA dan Pakar Syariah Negara Brunei Darussalam,  al-marhum Datuk Abdul Halim Muhammad mantan Penasihat undang-undang negeri Kelantan dan Exco kerajaan negeri, dan Datuk Daud Mohamad Kadi Besar negeri Kelantan.

Sebelum enakmen ini dibawa kepada DUN Negeri Kelantan, ianya terlebih dahulu dibentangkan kepada umum di berbagai forum – seminar dan dialog. Akhirnya enakmen berkenaan dibawa ke Dewan Undangan Negeri Kelantan pada tahun 1993 dan DUN Terengganu pada tahun 2000. Manakala Kelantan pula memperkukuhkannya secara mengadakan seminar dan sambutan mengenainya secara tahunan.

Kini setelah lebih dari 20 tahun (dua puluh tahun) PAS memperkenalkan enakmen ini, disamping melaksanakan proses pendidikan mengenai KJS dalam masyarakat, dialog dan sebagainya, maka PAS ingin bergerak setapak lagi dalam proses mendidik masyarakat untuk mengenali hukum-hakam syariat Islam yang menyeluruh. Hasilnya kini suara yang mengeji hukum Islam ini semakin hari menjadi terpencil.

Maka dengan sedikit ruang yang ada ini, Enakmen KJS ini mengalami beberapa pindaan- pindaan memperkemaskannya dengan mengambil kira cabaran dalam perlembagaan dan masyarakat majmuk, tanpa paksaan, dan bagi orang Islam sahaja setelah mengambil kira pandangan para ulama daripada semua mazhab dan sejarah pelaksanaan yang berjaya di sepanjang zaman.

Dalam masa yang sama, apa yang ingin dicadang dan akan dibawa oleh PAS menerusi Private Members Bill nanti pula bukanlah rang undang-undang hudud, tetapi pindaan dalam akta Mahkamah Syariah untuk membuka sedikit ruang bagi membolehkan satu-dua aspek syariah itu dilaksanakan terhadap penganut Islam sahaja.

Kita adalah makhluk yang berilmu, bertamadun dan matang. Maka dengarlah dahulu apa yang ingin dikemukakan. Jangan terus melompat dan bertempik gegak gempita memberikan kritikan tanpa mengetahui hujung pangkalnya. Firman Allah :

وَأَنِ احْكُم بَيْنَهُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ وَلاَ تَتَّبِعْ أَهْوَاءهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَن يَفْتِنُوكَ عَن بَعْضِ مَا أَنزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ فَإِن تَوَلَّوْا فَاعْلَمْ أَنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ أَن يُصِيبَهُم بِبَعْضِ ذُنُوبِهِمْ وَإِنَّ كَثِيرًا مِّنَ النَّاسِ لَفَاسِقُونَ. أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ حُكْمًا لِّقَوْمٍ يُوقِنُونَ
(Dan hendaklah kamu melaksanakan kalangan mereka hukum yang telah diturunkan oleh Allah,dan jangan sekali-kali engkau mengikut hawa nafasu mereka (meninggalkan hukum Allah) sehingga engkau meninggalkan sebahagian daripada apa yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Maka jika sekiranya mereka berpaling(enggan) maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah hendak mengenakan mereka dengan sebab sebahagian daripada dosa-dosa mereka. Dan sesungguhnya sebahagian daripada maknusia itu adalah orang-orang yang jahat). Adakah mereka mahukan hukum jahiliyyah, padahal siapakan lagi yang paling baik hukumnya  daripada Allah kepada orang-orang yang percaya dengan yakin).  (AL-MAIDAH 49-50)

Semoga semua kita mendapat manafaatnya dan mencapai keredhaan Allah SWT.

Saudaramu dalam Islam,

Biodata Penulis

Y.A.B Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang merupakan Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS). Beliau pernah memangku jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu. Pernah melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Madinah tahun 1969-1973, kemudian melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar ke peringkat M.A (Siasah Syariyyah). Semasa di Timur Tengah, beliau aktif bersama Gerakan Ikhwanul Muslimin bersama al-Marhum Syeikh Saed Hawwa, Prof. Muhamad Al-Wakeel serta Dr. Abdul Satar Al Qudsi.
MUHASABAH SEBELUM RAMADHAN

Kerja sebagai petugas PAS ni kerja waktu lapang ke?

Ada masa baru turut serta mesyuarat.Kalau boring duduk rumah baru join usrah. Nampak kerja macam nak memenatkan/keluarkan peluh sikit/kena buat muka tebal jumpa orang, maka serah pada orang lain.

Bila sesekali datang mesyuarat, bersuara penuh emosi menghentam sana sini, label sana sini. Bukankah PAS adalah jemaah. Dalam jemaah, ramai pengikutnya. Bila ramai pengikutnya, banyak lah pendapat dan pandangannya. Bila kita nak orang lain consider dengan pendapat kita, kita perlu consider dengan pendapat orang. Pendapat bukan pula keputusan. Selagi ia bukan keputusan, maka berbahaslah dengan penuh hikmah. Selepas adanya keputusan, ikutlah kepada keputusan yang dibuat.

Ramai yang suka kepada dakwah dan perjuangan, tapi tak ramai yang cinta kepada dakwah dan perjuangan.


Previous PostCatatan Lama Laman utama